
Penganjur Seafood Festival 20204 yang dibawakan khas oleh FriedChillies, Mohd Adly Rizal menyifatkan 15 vendor yang menyertai acara selama dua hari bermula hari ini di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, sebagai selebriti kepada penggemar hidangan berasaskan hasil laut.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies & Kaki Makan itu, penganjuran Nasi Kandaq Fest 2023 yang viral sebelum ini menjadi pembakar semangat untuk meneruskan acara berkonsepkan festival makanan namun kali ini mengetengahkan makanan laut (seafood).
"Bagi kami sebagai pencinta makanan, mereka adalah artis. Mereka ibarat hero kepada penggemar makanan berasaskan makanan laut (seafood) yang gigih berniaga siang dan malam.
"Malah, ada yang turun ke laut untuk mencari hasil laut yang segar demi acara hari ini.
"Jadi, kami mahu memperkenalkan mereka kepada semua. Itulah keunikan Seafood Festival 2024," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: #FoodiesLife: Istimewa Untuk Peminat Tegar Seafood! Ini Senarai Vendor Yang Ada Di Fiesta Makan Hujung Minggu Ini…
BERITA TRENDING: #FoodiesLife: Craving Nasi Kandar? Ini Sebab Warga Kota KL Perlu Singgah Di 'Nasi Kandaq Fest' Hujung Minggu Ni




