
Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) mendedahkan tindakan pengosongan premis terhadap sebuah restoran ‘berputar’ terkenal, dibuat selepas perjanjian penyewaan yang dimeterai, telah tamat tempoh pada Jun lalu.
Menerusi satu kenyataan media, pihak MKLSB berkata, sebelum ini, Asian Kitchen (M) Sdn Bhd (AKSB) telah memeterai perjanjian untuk mengendalikan perniagaannya, termasuk Atmosphere 360 dan Café 360 dengan MKLSB, yang mana kontrak itu akan tamat tempoh pada 31 Disember 2022.


