
Bagi pencinta K-pop, inilah masanya untuk mencuba hidangan unik yang baru diperkenalkan di rangkaian perniagaan Mie Ayam Bakso Bogor di empat cawangan di Lembah Klang.
Kata pengasasnya, Datuk Abd Rahman Soltan, menu Mie Ayam Bakso K-pop itu didatangkan dengan mi berwarna merah jambu sebagai tarikan kepada pelanggan.
"Seperti semua tahu penggemar budaya K-pop ini pelbagai. Bukan saja pada bidang muzik dan fesyen, tapi juga makanan. Jadi, atas sebab itu saya memilih untuk memperkenalkan menu K-pop ini.
"Menu ini memang nampak moden sikit sebab mi itu berwarna merah jambu. Pendek kata, kita menggabungkan eleman tradisional dan moden dalam makanan.
"Namun, kita masih mengekalkan ciri khas makanan sedia ada iaitu bahan yang digunakan dibuat sendiri. Malah, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dibuat dalam tempoh empat bulan. Apabila dah sempurna dari segi rasa, baharu ia dilancarkan," katanya.

![Persembahan Dua Malam! Kim Sungkyu INIFINITE Bakal Lawat Malaysia Dengan [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour Ogos Ini](https://cdn.newswav.com/img/topic/music.jpeg)
