FoodPanda Kini Dilihat Menghadkan Baucar Penghantaran Percuma Kepada Maksima RM4

TechnologyDigital
14 Feb 2023 • 3:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

FoodPanda sebelum ini sedia menawarkan baucar penghantaran percuma melalui FoodPanda Pro – dimana apabila menggunakannya, ia akan memberikan diskaun penuh kepada kos penghantaran melalui perkhidmatan tersebut.

Namun, kini pihak FoodPanda dilihat telah melakukan perubahan dan mengehadkan baucar penghantaran percuma kepada had RM4.

image is not available

Ini bermakna, sekiranya kos penghantaran adalah melebihi RM4, maka pengguna perlu melakukan bayaran tambahan kepada pihak FoodPanda. Sebagai contoh, sekiranya kos penghantaran RM5.90, maka pengguna yang menggunakan baucar penghantaran akan perlu menambah RM1.90 disamping baucar penghantaran percuma.

Perubahan ini diperlihatkan oleh pihak FoodPanda melalui halaman langganan FoodPanda Pro.