[VIDEO] Polis Buru Pemandu Lori Rempuh Orang Awam Yang Tengah Duduk Di Restoran

Entertainment
7 Feb 2023 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kelmarin, tular satu video sebuah lori penghantaran barang merempuh orang awam yang sedang duduk di tepi jalan. Susulan itu, polis kini sedang mengesan pemandu lori tersebut.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 3 saat itu, menunjukkan seorang penunggang motosikal dilihat seperti sedang bertengkar dengan pemandu lori tersebut sebelum lori itu dengan llajunya bergerak kedepan dan mengundur sehingga merempuh meja dan kerusi yang ada.

 

Rempuh orang awam

Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian itu berlaku di Taman Permai 3, Seremban.

“Lebih kurang pukul 2.15 petang hari ini, telah didapati satu video berdurasi 1.03 minit dimuat naik di Facebook dan tular.”

“Ia memaparkan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki cuba merempuh orang awam yang sedang minum di meja di tepi jalan.”

“Sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden yang berlaku. Hasil semakan lanjut mendapati kejadian berlaku di Jalan Kerapu, Taman Permai 3, Seremban, tarikh dan masa kejadian dalam siasatan.”

Polis cari pemandu lori cuba rempuh orang awam di Restoran Kassim 2020 Taman Permai, Seremban. Utusan Online Follow IG www.instagram.com/seremban_page Join Telegram link: https://t.me/joinchat/grpJ-U6SD4c4NGJl #serembanpage #seremban #sere

Polis cari pemandu lori cuba rempuh orang awam. Utusan Online Follow IG www.instagram.com/seremban_page Join Telegram link: https://t.me/joinchat/grpJ-U6SD4c4NGJl #serembanpage #seremban #serembangroup #negerisembilan #perpaduan

Posted by Seremban page on Sunday, February 5, 2023

Jelasnya lagi, pihaknya kini dalam usaha untuk mengenal pasti identiti pemandu lori terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.