foodpanda tawar diskaun 20% penghantaran pertama melalui pandago

7 Aug 2023 • 4:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

foodpanda tawar diskaun 20% penghantaran pertama melalui pandago

zulfadli

07/08/2023 - 16:23

KUALA LUMPUR 7 Ogos - foodpanda, platform penghantaran makanan terkemuka di Malaysia, memperluaskan lagi penawarannya kepada pelanggan dengan menyertakan perkhidmatan penghantaran bungkusan atas permintaan 24/7 ke seluruh negara pada harga berpatutan.

Menerusi pandago, pengguna boleh meminta penunggang foodpanda menghantar barangan mereka dengan mengemaskini aplikasi foodpanda mereka kepada versi yang terkini dan klik pada butang “pandago”.

Sempena pelancaran pandago, pengguna baharu boleh menikmati potongan sebanyak 20% untuk penghantaran pertama mereka dengan menggunakan baucar PANDAGO.

Perkhidmatan penghantaran atas permintaan ini menawarkan rumusan mudah untuk penghantaran segera, memenuhi penghantaran pengguna dalam tempoh kurang 60 minit.

Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, penghantaran adalah sebahagian penting daripada kehidupan masyarakat pada hari ini.

"Sememangnya bukan mudah untuk menghantar barangan seperti ubat-ubatan, kunci, dokumen atau item yang anda tertinggal di tempat lain. Dengan pandago, pelanggan boleh menghantar apa-apa barangan kecil dengan mudah pada bila-bila masa tanpa perlu membayar lebih," katanya dalam kenyataan media di sini.

Ia memudahkan pengguna yang memerlukan sesuatu barangan itu dihantar dengan segera, seperti barangan yang mudah luput dan dokumen penting, walaupun pada awal pagi.

image is not available

Perkhidmatan pandago yang boleh didapati sepanjang hari turut menjadikan ia perkhidmatan berguna untuk menghantar hadiah secara mengejut pada bila-bila masa, walaupun pada tengah malam.

Pelanggan juga boleh menjejaki penghantaran mereka dengan mudah menggunakan fungsi penjejakan masa nyata yang menyediakan maklumat terkini mengenai status penghantaran.

Mereka juga dapat berbual dengan rakan penghantar yang ditugaskan untuk mengemaskini butiran penghantaran mereka atau sekadar untuk menyatakan ucapan penghargaan atas perkhidmatan yang telah disempurnakan.

Sejak 2021, perkhidmatan pandago telah beroperasi di Malaysia sebagai rumusan logistik dalam bentuk Perkhidmatan Penghantaran Atas Permintaan (LaaS) bagi perniagaan yang memerlukan flit penghantaran yang boleh dipercayai untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Pandago tidak mengenakan yuran penyertaan atau komisen, membolehkan perniagaan menguruskan kos operasi mereka dengan hanya membayar untuk penghantaran yang diperlukan sahaja.

Perkhidmatan ini sangat berguna terutamanya untuk pengendali restoran yang mahu mengekalkan sistem penghantaran segera pesanan milik mereka tetapi tidak mempunyai sumber untuk memiliki flit penghantaran mereka sendiri. - DagangNews.com