Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut

LocalCars
5 Aug 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam.

"Mangsa Mohd Izuddin Harmaini, 51, dan Nur Syamimi Rosli, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah mengesahkan kejadian itu.

Kemalangan itu membabitkan kereta jenis Ford Mustang yang dipandu lelaki tempatan yang dalam perjalanan menghala ke Segamat.

image is not available

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar tiang elektrik, kedua-dua mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dilakukan serta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat," katanya.