Suami isteri pemilik kedai emas maut, Mustang terbabas rempuh tiang elektrik

LocalCars
4 Aug 2025 • 10:11 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kenderaan dipercayai hilang kawalan ketika hujan lebat

Sepasang suami isteri maut selepas kereta jenis Ford Mustang yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh dua tiang elektrik dalam nahas di Kilometer 13, Jalan Segamat-Kuantan, berhampiran simpang Felda Pemanis, pada Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Izuddin Harmaini, 51, dan isterinya Nur Syamimi Rosli, 36, yang juga pemilik sebuah kedai emas di Pekan, Pahang. Ketika kejadian sekitar jam 2 petang itu, pasangan terbabit dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Segamat.

Difahamkan, hujan lebat sedang melanda kawasan tersebut ketika nahas berlaku.

Mohd Izuddin Harmaini, 51, dan isterinya Nur Syamimi Rosli, 36 | Kredit gambar: Media sosial

Baca juga:

Kedai emas yang dikatakan milik pasangan suami isteri berkenaan | Kredit gambar: Media sosial

Tersepit dan maut di lokasi kejadian

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, kereta yang dipandu Mohd Izuddin dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh tiang elektrik.

“Rempuhan menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam Isnin.

Keadaan kereta mangsa | Kredit gambar: Media sosial

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik IPD Segamat di talian 07-9325811.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Muhd Hazim Abd Razak berkata, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi, dan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas.

Sumber: Harian Metro