Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

LocalCars
12 Aug 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

image is not available

Berdasarkan laman rasmi SDAC Ford, model misteri ini digambarkan dengan kapsyen “We're unveiling a machine built to ignite your senses,” atau "Kami memperkenalkan sebuah jentera yang dibina untuk membakar deria anda," serta ayat “Power redefined.”

Spesifikasi Pasaran RHD Lain

image is not availableimage is not available

Mac lalu, kami pernah melaporkan bahawa SDAC Ford berhasrat membawa masuk varian Ranger Wildtrak dengan enjin diesel V6 yang telah pun dijual di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) lain yang terdekat seperti Australia dan Thailand, menjadikannya tidak mustahil untuk turut diperkenalkan di Malaysia.

image is not availableimage is not available

Ford Ranger Wildtrak V6 Diesel generasi semasa

Varian diesel V6 Wildtrak di kedua-dua pasaran tersebut menampilkan kuasa sistem keseluruhan sebanyak 250 ps dan tork 600 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan serta sistem pacuan 4x4 sepenuh masa.

Model Sedia Ada Di Malaysia

image is not availableimage is not available

Ford Ranger Wildtrak 2.0 Bi-Turbo Diesel

Setakat ini, barisan Ranger di Malaysia hanya mempunyai dua pilihan enjin iaitu enjin diesel 2.0 liter EcoBlue bi-turbo untuk semua varian termasuk Wildtrak serta enjin petrol 3.0 liter EcoBoost V6 twin-turbo pada model Ranger Raptor. Jika SDAC Ford benar-benar membawa masuk varian V6 diesel untuk Wildtrak, harganya dijangka lebih tinggi berbanding model Wildtrak 2.0 liter bi-turbo diesel sedia ada yang berharga sekitar RM171,888 (CBU dari Thailand).

Cabaran Pasaran Malaysia

image is not available

Walaupun varian V6 diesel ini menarik, penerimaannya di pasaran tempatan mungkin mencabar kerana penurunan jualan kenderaan diesel sejak penyasaran subsidi diesel dimulakan. Ada juga kemungkinan SDAC Ford akan mempertimbangkan varian petrol turbo V6 2.3 liter atau 2.7 liter yang ada di beberapa pasaran lain.