Forest tolak tawaran lumayan untuk Elanga

FootballSports
5 Apr 2025 • 10:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aksi cemerlang Elanga (kiri) ketika Forest melayan kunjungan United di City Ground berjaya mencipta impak positif. Foto Agensi

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest dilaporkan menolak tawaran lumayan bernilai 50 juta pound bagi mendapatkan khidmat pemain sayap lincah, Anthony Elanga.

Pemain Sweden itu menjadi bualan hangat minggu ini selepas menjaringkan gol kemenangan menakjubkan ketika menentang bekas kelabnya, Manchester United di Stadium City Ground.

Menurut laporan, Forest begitu menghargai potensi dan sumbangan Elanga sehingga sanggup menolak beberapa tawaran besar daripada Newcastle United.

Tawaran termasuk pada jendela perpindahan musim panas lalu dan Januari, yang nilainya mencecah 50 juta pound.

Pengendali Forest, Nuno Espírito Santo, turut gembira terhadap prestasi dan kemajuan ditunjukkan pemain berusia 21 tahun itu, namun menegaskan tiada rahsia khusus di sebalik peningkatan tersebut.

“Dia semakin baik kerana diberi peluang bermain secara konsisten setiap minggu.

“Rakan sepasukannya juga menghargai kelebihan dan kelajuannya.

"Gol yang dijaringkan di City Ground adalah hasil usaha dan keupayaannya mengawal bola sambil terus meningkatkan kelajuan – ia menggambarkan kekuatan individu Elanga,” kata Nuno mengenai pemain yang menyertai Forest dari Manchester United musim lalu.

LIGA PERDANA INGGERIS

AHAD (6 APRIL)

Aston Villa lwn Nottingham Forest, 12.30 malam

Tottenham Hotspur lwn Southampton, 9 malam

Brentford lwn Chelsea, 9 malam

Fulham lwn Liverpool, 9 malam

Manchester United lwn Manchester City, 11. 30 malam

SELASA (8 APRIL)

Leicester City lwn Newcastle United, 3 pagi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved