“Forgive & forget, macam baru kahwin semalam” – Faisal Halim & Isteri Dah Berdamai?

Entertainment
12 Sep 2025 • 10:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isteri kepada pemain bola sepak, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana memberi bayangan bahawa keretakan rumah tangganya kembali pulih.

Bayangan itu dapat dilihat apabila Syazwani kongsikan semula foto yang dimuat naik oleh Faisal, foto memperlihatkan Faisal memeluk erat isteri dan anak dengan berlatarkan lagu Sayang Sampai Mati menerusi IG Story.

 

“Rasa macam baru kahwin semalam”

image is not available

Bayangan tersebut dilihat makin jelas apabila dalam perkongsian semula Syazwani, dia turut meluahkan rasa syukur serta telah memaafkan suaminya.

“Alhamdulillah, sudah maaf dan dah lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami sampai ke Syurga. Sayang awak Faisal Halim, rasa macam baru kahwin semalam.”

Sebelum ini, kecoh apabila Nur Syazwani telah memfailkan penceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syarikah Klang, Selangor selepas 6 tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, mereka berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurnakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved