
Fortenzio ialah jenama permotoran dari Malaysia yang dibangunkan dengan sentuhan kejuruteraan Eropah, membawa visi untuk membina budaya perlumbaan global yang menghubungkan peminat, pelumba dan pasukan di peringkat antarabangsa.
Beroperasi di bawah nama Fortenzio Malaysia Global Networks, syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang anak muda tempatan, dengan fokus kepada inovasi, komuniti dan pengalaman perlumbaan premium.
Tidak sekadar menumpukan kepada penjenamaan, Fortenzio memposisikan dirinya sebagai sebahagian daripada ekosistem perlumbaan global, merangkumi pembangunan pelumba, sokongan teknikal dan jaringan industri antarabangsa. Pendekatan ini menjadikan Fortenzio sebuah entiti bebas dan progresif, dengan identiti perlumbaan yang jelas dan berpaksikan masa depan.
Menariknya, khabar angin menyebut bahawa Fortenzio Malaysia Global kini sedang berada dalam proses rundingan akhir dengan pasukan yang bersaing dalam Moto3 dan JuniorGP untuk kerjasama bermula musim 2026. Difahamkan, kerjasama ini melibatkan aspek kejuruteraan dan pembangunan, termasuk pembinaan laluan pelumba muda dari Asia Tenggara, khususnya Malaysia, untuk beraksi di Eropah.
Identiti “FORTENZIO MALAYA” dijangka akan dipaparkan pada jentera dan sut perlumbaan pasukan terlibat, dengan ‘mockup’ reka bentuk dilaporkan telah dipersetujui oleh pemilik pasukan. Pada masa sama, Fortenzio turut berunding bagi mendapatkan akses strategik seperti ‘full pit paddock access, VIP guest’ dan media, membuka peluang pembelajaran teknikal serta pendedahan industri yang lebih luas.
Perancangan jangka panjang syarikat termasuk membawa pelumba muda ke JuniorGP, serta menghantar jurutera dan mekanik tempatan ke Moto3 bagi pengumpulan data dan pemindahan ilmu. Jika ianya direalisasikan, Fortenzio berpotensi menjadi antara platform dari Malaysia dalam membina laluan ke pentas perlumbaan dunia.
Untuk mengikuti perkembangan semasa Fortenzio, anda boleh layari laman rasmi www.fortenzio.com dan laman sosial https://www.facebook.com/share/1Kg69B2u5Q/
Teruskan bersama Two Wheels..!



