Fortnite Kembali Ke Play Store Pada 19 Mac

GamingDigital
18 Mar 2026 • 8:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas ditendang keluar hampir enam tahun lalu, Fortnite akan kembali boleh dimuat turun menerusi Google Play Store bermula 19 Mac ini. Epic Games mengesahkan Fortnite akan kembali di semua pasaran dunia selepas ia hanya boleh diakses di beberapa pasaran sahaja pada Disember tahun lalu.

image is not available

Selama Fortnite hanya boleh dimainkan pada peranti Android menerusi pemasangan muat sisi secara manual atau memasang aplikasi Epic Games Store. Kembalinya Fortnite ke Play Store dilihat sebagai antara syarat yang dikenakan oleh Epic Games bagi menyelesaikan kes saman ke atas Google di luar mahkamah pada November tahun lalu.

Fortnite telah dibuang dari Google Play Store dan Apple App Store kerana memintas sistem pembelian dalam aplikasi yang digunakan platform tersebut. Ini adalah kerana Epic Games tidak mahu Google dan Apple mengambil potongan daripada setiap transaksi yang dilakukan pemain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved