Foto di pusat perubatan, Uqasha Senrose kini hamil?

8 Dec 2023 • 4:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Uqasha Senrose dipercayai kini sedang hamil selepas Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni Judi berkongsi gambar bersama.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Saroni memuat naik sebuah video memaparkan beberapa keping gambar beliau sedang berbincang bersama Uqasha dan suaminya, Kamal Adli.

Uqasha Senrose kini hamil?

@datuksaronijudi

Selamat datang Kamal dan Ukasha. Selamat menjadi ibu bapa.

♬ Ikatan Asmara – Baby Shima & Fairuz Misran

Saroni turut meletakkan kapsyen seolah-olah memberikan bayangan bahawa pasangan tersebut bakal bergelar ibu bapa.

“Selamat datang Kamal dan Ukasha. Selamat menjadi ibu bapa,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tertanya-tanya jika pelakon berusia 31 itu sedang hamil cahaya mata pertama selain mengucapkan tahniah kepadanya.

Betul ke Uqasha Senrose hamil??

image is not available

Tahniah Uqasha!

image is not available

Namun meninjau ke laman Instagram Uqasha dan Kamal pula, kedua-duanya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan dan memilih untuk berdiam diri berhubung perkara itu.

Terdahulu, Uqasha pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan memohon untuk orang ramai mendoakan mereka berdua.

Sekadar info, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di sebuah resort persendirian di Janda Baik, Pahang.

Sumber: TikTok Datuk Saroni Judi