“Selamat Menjadi Ibu Bapa” – Doktor ‘Check Up’ Umum Uqasha Senrose Kini Hamil Anak Sulung

Entertainment
8 Dec 2023 • 12:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular baru-baru ini mengenai sebuah video daripada satu hospital swasta yang terletak di Kajang yang memaparkan pelakon Uqasha Senrose dan suami, pelakon Kamal Adli sedang mendapatkan rawatan nasihat.

Difahamkan, Uqasha dan Kamal hadir bagi mendapatkan konsultasi daripada doktor yang bertugas.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila kapsyen yang ditulis di video tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa aktres itu kini sedang berbadan dua.

Selamat datang Kamal dan Uqasha, selamat menjadi ibu bapa.

Perkongsian tersebut telah menuai banyak komen daripada peminat yang rata-ratanya mengucapkan tahniah di atas kehamilan itu.

Namun begitu, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pasangan tersebut mengenai berita gembira itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Apa Keperluannya?" - Diana Danielle Dedah Belum Daftar Pengesahan Rujuk Dengan Farid Kamil