Foto Hyunbin & Son Yejin Bersama Anak Lelaki Tersebar, Agensi Beri Respon Tegas

EntertainmentTechnology
6 Jul 2025 • 11:04 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sehingga hari ini, Hyunbin mahupun Son Ye-jin belum pernah berkongsi foto anak sulung mereka.

Namun baru-baru ini, foto pasangan itu bersama anak lelaki mereka telah tular menerusi media sosial, menimbulkan persoalan tentang kesahihannya.

Sebagai respon, kedua-dua agensi dengan tegas menyatakan bahawa itu adalah gambar palsu yang dihasilkan menggunakan AI dan mereka sedang berusaha untuk menghapuskan kesemua foto tersebut mengikut prosedur undang-undang yang berkaitan.

image is not available

Tambahan, agensi Son Ye-jin turut menjelaskan,

Seperti yang awak tahu, Son Ye-jin sendiri tak pernah berkongsi foto anaknya. Bagaimanapun, memandangkan ia adalah tindakan peminat yang tidak bersalah, kami akan bertindak balas dengan hanya memaklumkan bahawa gambar tersebut adalah tidak benar.

Bahaya betul AI ni sekarang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.