Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi, Wanita Luah Rasa Rimas Diganggu Bekas Suami – “Dulu Buang Orang Macam Sampah..”

3 Jul 2025 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa hairan apabila bekas suaminya tiba-tiba mula cuba berhubung semula dan mengajaknya keluar bersama anak mereka.

Menerusi hantaran di Threads, wanita menjelaskan dia menolak semua pelawaan itu kerana dia sedang membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

image is not available

gambar hiasan

Dia ajak pergi makan la, pergi Cameron Highlands la, Pulau Redang la dengan alasan nak bawa anak jalan-jalan.

 

Dulu buang orang macam sampah, takkan la dia tak ingat?

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan dia disahkan bercerai dengan lelaki berkenaan pada Disember 2023.

image is not available

 

Wanita itu turut mendedahkan ketika dia masih dalam tempoh idah, bekas suaminya itu enggan mengajaknya pergi ke mana-mana.

Dulu tak pernah ajak, nak berteman pun tak nak. Sekarang bukan main lagi ajak keluar. Bawa je anak tu, kenapa nak kena ada mama dia sekali? Sebelum ni okay je.

Berkongsi lanjut, wanita itu turut memberitahu bekas suaminya itu pernah berkata mereka tidak akan pernah kembali rujuk selepas penceraian berlaku.

Saya pernah tanya dia lepas bercerai kita memang tak akan rujuk ke dan dia jawab ‘tak akan’.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar wanita itu mengabaikan permintaan bekas suaminya dan tidak berpatah balik kepada kisah silam yang menyakitkan hati.

image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 days ago

Suami Curang Hina Parut 'Czer' Isteri - "Ada Ke Nak Perempuan Stretch Mark Berlambak Kat Perut"