Foto Kenangan Terindah JPN: Tempah Koleksi Gambar MyKad

LocalSales & Promo
1 Oct 2025 • 5:42 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Sempena Hari Pendaftaran Negara ke-71, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah membuka tawaran bagi tempahan gambar MyKad menerusi Foto Kenangan Terindah JPN.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan foto tersebut dalam tempoh selama sebulan.

image is not available

Mengenai Foto Kenangan Terindah JPN

Foto Kenangan Terindah JPN ini merupakan koleksi gambar MyKad edisi khas yang ditawarkan oleh pihak JPN kepada warganegara Malaysia.

Perlu diingatkan foto ini bukan dokumen rasmi, tetapi merupakan keluaran eksklusif untuk simpanan peribadi, kenangan istimewa ataupun hadiah sentimental buat keluarga.

Menerusi foto ini, orang ramai akan menerima gambar mereka di MyKad berumur 12 tahun, 18 tahun dan terkini.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan foto ini dibuka mulai 1 Oktober 2025 sehingga 31 Oktober 2025.

Jenis Tempahan & Harga

Jenis tempahan yang dibuka adalah seperti berikut:

  • Foto Siri Individu : RM75
  • Foto Siri IC Keluarga : RM 150

Untuk Foto IC Siri Keluarga, ianya hanya dikeluarkan untuk individu yang telah memiliki kad pengenalan kali pertama (12 tahun).

Cara Membuat Tempahan

Bagi mereka yang berminat, orang ramai boleh membuat tempahan menerusi pautan https://fotoic.jpn.gov.my/.

Permohonan akan dikirim/diambil dalam tempoh sebulan hingga 6 bulan dari tarikh tempahan bergantung kepada carian rekod.

Soalan Lazim

Bilakah tempahan foto ini boleh dibuat?

Tempahan foto ini boleh dibuat selama sebulan iaitu mulai 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2025.

Berapakah harga tempahan bagi foto ini?

Tempahan foto ini bagi Foto Siri Individu adalah pada kadar RM75 dan Foto Siri IC Keluarga pula adalah berjumlah RM150.

Jika saya ingin membuat tempahan untuk Foto IC Siri Keluarga yang mana anak saya baru berumur 5 tahun, adalah gambar anak saya akan turut kelihatan?

Tidak. Gambar tersebut hanya akan dipaparkan untuk individu yang telah memiliki kad pengenalan kali pertama (12 tahun).

Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan foto ini?

Tempahan foto ini boleh dibuat melalui pautan https://fotoic.jpn.gov.my/

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Foto Kenangan Terindah JPN ini, sila hubungi 03-8880 7992 atau emel ke fotoic@jpn.gov.my.

Layari juga laman web JPN iaitu https://www.jpn.gov.my/.

Baca juga: Tukar Mykad Percuma JPN (23 September – 7 Oktober 2025)