Setahun Sekali Je, Ini Cara Mohon “Foto Kenangan Terindah JPN” 

LocalLifestyle
1 Oct 2025 • 2:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Setahun Sekali Je, Ini Cara Mohon “Foto Kenangan Terindah JPN”

Siapa sangka, gambar lama kita yang sudah puluhan tahun tersimpan di pangkalan data boleh muncul semula? Selama ini ramai fikir imej kita yang “versi lama” itu hanya tinggal kenangan, takkan dapat dilihat lagi.

Tapi kini, berita baik datang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Orang ramai boleh membuat tempahan mulai 1 Oktober 2025 (hari ini) hingga 31 Oktober 2025.

Apa sebenarnya Foto Kenangan Terindah JPN?

Kalau pertama kali dengar, jangan risau. Ramai juga yang tertanya-tanya apa sebenarnya program ini.

Foto Kenangan Terindah JPN bukanlah dokumen rasmi. Ia sebenarnya koleksi gambar MyKad lama yang dicetak dalam bentuk edisi khas.

Lebih kepada keluaran eksklusif untuk simpanan peribadi, sebagai kenangan sentimental atau hadiah istimewa untuk ahli keluarga.

Bayangkan, anda boleh melihat semula wajah sendiri ketika pertama kali ambil gambar IC belasan tahun lalu. Atau mungkin gambar ibu bapa dan datuk nenek ketika masih muda, diabadikan semula dalam bentuk bingkai eksklusif.

Eksklusif setahun sekali sahaja

Program ini bukan boleh dimohon sepanjang masa. Ia hanya dibuka sekali setahun sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara. Jadi, kalau terlepas peluang kali ini, anda kena tunggu lagi tahun depan.

Tak hairanlah ramai yang sudah mula teruja dan berebut untuk memohon.

Macam mana nak mohon?

Kalau anda berminat, anda boleh membuat tempahan menerusi pautan https://fotoic.jpn.gov.my/.

Untuk info, permohonan akan dikirim atau boleh diambil dalam tempoh sebulan hingga 6 bulan dari tarikh tempahan bergantung kepada carian rekod.

image is not available
Kredit: JPN

Kalau anda pernah terfikir nak lihat semula wajah muda anda di IC lama, atau nak hadiahkan sesuatu yang penuh nilai sentimental kepada keluarga, inilah peluangnya.

Jangan lupa, permohonan hanya dibuka dari 1 hingga 31 Oktober 2025 sahaja. Jadi, cepat-cepatlah rebut peluang ini dan simpan memori paling indah anda bersama JPN.

Sumber: JPN

View Original Article