Foto Perkahwinan Diraja: Tengku Muhammad dan Tengku Natasya selamat ijab kabul

LocalEntertainment
25 Oct 2024 • 2:11 AM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Dengan sekali lafaz, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Natasya Adnan selamat selamat bernikah di dalam Istiadat Ijab Kabul Diraja pada malam 24 Oktober 2024. Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini sah bergelar suami isteri pada jam 8.50 malam dalam istiadat yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

image is not available
Kredit foto: Kesultanan Pahang

Istiadat perkahwinan diraja untuk dua mempelai ini disaksikan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah danTengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang kelihatan mengenakan persalinan serba rona hijau, turut sama paduka-paduka anakanda.

image is not available
Kredit foto: Instagram t.ahmad.fc

Tengku Mahkota Pahang serta selaku paduka kakanda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, dan kerabat Diraja Pahang yang lain juga turut kelihatan hadir menyaksikan istiadat ijab kabul Tengku Muhammad dan Tengku Natasya.

image is not available
Kredit foto: Kesultanan Pahang

Turut kelihatan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di upacara istiadat perkahwinan Diraja itu.

image is not available
Kredit foto: Instagram t.ahmad.fc

Cukup sepadan dan sama cantik, pasangan mempelai itu yang serba serbi tampil dengan persalinan rona putih masing-masing telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Sejurus selepas istiadat ijab kabul, Tengku Muhammad telah diiringi untuk menunaikan solat sunat.

Sesudah itu, putera raja Pahang itu menyerahkan mas kahwin, yang mana senaskhah Al-Quran kepada Tengku Natasya Adnan, yang duduk di atas mahligai pelamin.

image is not available
Kredit foto: Kesultanan Pahang

Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya itu diteruskan pula dengan upacara Majlis Menyarung Cincin dan kemudiannya adalah majlis merenjis air mawar, yang dilakukan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, diikuti dengan Tengku Hassanal.

image is not available
Kredit foto: Kesultanan Pahang
image is not available
Kredit foto: Kesultanan Pahang
image is not available
Kredit foto: Kesultanan Pahang

Tengku Adnan dan isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, ibu bapa kepada pengantin perempuan turut merenjis air mawar ke atas puterinya serta suaminya, Tengku Muhammad. Ketika istiadat berlangsung, Tunku Azizah dilihat sebak ketika memeluk putera kesayangannya itu.

image is not available
Kredit foto: Kesultanan Pahang

Istiadat perkahwinan diraja Tengku Muhammad dan Tengku Natasya Adnan ini akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada Jumaat, 25 Oktober 2024 dan sebuah Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad, 27 Oktober 2024, yang mana kedua-dua istiadat ini dijadualkan pada jam 8 malam. Upacara istiadat Diraja ini juga akan bersiaran secara langsung pada dua layar skrin besar yang diletakkan di Padang Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu lagi layar skrin di Dataran Muzium Diraja di Pekan.

Sumber: Bernama

Kredit foto Hero & Featured: Kesultanan Pahang

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

 


Note : The information in this article is accurate as of the date of publication.