Founder pakai jaket berbulu ke PPS curi perhatian netizen -“Winter vacation ke?”

LocalEntertainment
1 Dec 2024 • 2:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
pakai jaket berbulu

Tindakan seorang founder pakai jaket berbulu ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah mencuri perhatian netizen di media sosial dan menuai pelbagai komen daripada mereka.

Menerusi TikTok usahawan tersebut, dia bersama skuad prihatin telah datang menziarahi mangsa-mangsa banjir yang terkandas susulan kediaman mereka telah dinaiki air.

Pakai jaket berbulu ziarah mangsa-mangsa banjir

Ujar usahawan terbabit, mereka datang ke sana bertujuan untuk memberikan sumbangan serta sama-sama bergotong-royong memasak makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan disitu.

image is not available

Penampilan pakai jaket berbulu berserta beg tangan mewah

Apa yang menjadi perdebatan netizen di ruangan komen founder berkenaan adalah penampilannya yang cukup ‘unik’ apabila mengenakan baju sejuk berbulu seperti mahu berkunjung ke negara bersalji serta beg tangan mewah yang dibawanya.

Ni winter vacation ke kak?

Situasi berkenaan menghadirkan pelbagai respon daripada netizen yang merasakan penampilan tersebut seakan tidak sesuai lebih-lebih lagi mereka ke PPS bertujuan untuk menziarahi mangsa banjir dan bukannya lawatan percutian.

image is not available

Tengah banjir, bukan salji

image is not available

Sejak bila Ketereh turun salji

image is not available

Dengan beg Prada & baju bulu2. Letup!

image is not available

Orang mengata dia, tapi dia beri bantuan

Walau bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan apa yang digayakan founder terbabit kerana yang lebih utama adalah usahanya menghulurkan bantuan dan bukannya penampilannya.

Mereka juga mengatakan cuaca di Pantai Timur sememangnya sejuk kerana hujan lebat masih berlarutan dan air banjir yang belum lagi surut.

 

image is not available

 

Tapi memang kawasan tu sejuk sangat la

image is not available

Apa-apa pun, semoga niat asal membantu mereka yang sedang dalam keadaan memerlukan itu paling utama dan urusan mereka yang berada di PPS dipermudahkan.

Sumber: TikTok julianmazlan425