“Tak takut penyakit ke main air kotor?”- Netizen Kritik Tindakan Ibu Bapa Bawa Anak Main Air Banjir

Entertainment
1 Dec 2024 • 9:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banjir yang melanda banyak daerah di negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara sememangnya membimbangkan. Ramai mangsa yang masih terpaksa tinggal di PPS kerana rumah mereka masih lagi ditenggelami air.

Namun, dalam masa yang sama, tular sebuah video di platform X di mana ada juga sesetengah individu yang membawa keluarga masing-masing bermain air banjir di kawasan yang dinaiki air.

image is not available

Tindakan bermain air banjir secara beramai-ramai itu telah mencetuskan kritikan daripada warganet kerana um mengetahui bahawa air banjir adalah kotor dan boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam kepialu, taun dan banyak lagi.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, ada warganet yang mengatakan mereka pernah melihat ada tikus besar di kawasan tersebut.

Tambahan pula, air banjir itu sudah bercampur dengan air longkang dan sampah sarap, jadi sudah tentu ia menjadi kotor.

Apa pula pendapat anda tentang tindakan mereka ini?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.