Fragmania 2026 temukan pengasas, pencipta kandungan, peminat wangian

9 Oct 2026 • 12:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Fragmania 2026 temukan pengasas, pencipta kandungan, peminat wangian

PETALING JAYA – Penganjuran sulung festival wangian, Fragmania 2026 di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula hari ini selama tiga hari, bakal menghimpunkan lebih 60 jenama dan pempamer wangian.

Bertemakan, ‘Where Masses Meet Scents’, festival wangian itu bukan sekadar satu platform yang membolehkan pengunjung membeli minyak wangi tetapi menjadi medan pertemuan peminat wangian, pengumpul, pencipta kandungan, pengasas jenama dan pemain industri.

Pengasas Fragmania, Dr. Iskandar Danial Adam Adonis berkata, pengunjung berpeluang mencuba sendiri pelbagai koleksi wangian, menyaksikan pelancaran produk baharu dan me­n­yertai pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari acara.

Menurut beliau, festival ber­kenaan turut membuka ruang kepada jenama tempatan dan baharu memperkenalkan produk mereka secara lebih dekat kepada pengguna sekali gus memperkukuh usaha mengetengahkan industri wangian tempatan ke peringkat lebih luas.

“Dengan kemasukan per­cuma, pameran ini memberi ­peluang kepada peminat meneroka ­dunia wangian, mencuba pel­bagai haruman, mengenali jenama ­baharu dan berinteraksi dengan komuniti yang berkongsi minat sama,” katanya dalam kenyataan.

Danial Adam menjelaskan, pengunjung juga boleh ­mendapatkan wangian tempatan yang sebelum ini hanya ­dipasarkan di peringkat antarabangsa di mana harga ditawarkan bermula RM35 hingga RM1,988,” katanya.

Lebih menarik, pembelian wangian bernilai sekurang-kurangnya RM150 melayakkan pengunjung menyertai cabutan bertuah dengan keseluruhan hadiah bernilai sehingga RM100,000.

Antara hadiah utama yang menanti pengunjung bertuah adalah Mini Cooper Countryman R60 (2013/2017), motosikal elektrik, Samsung Galaxy A07 serta pelbagai hadiah lain. -KOSMO! ONLINE

The post Fragmania 2026 temukan pengasas, pencipta kandungan, peminat wangian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved