“From Kak Sha Jadi Sayang Terus” – ‘Tweet’ Lama Ubai Tular, Dari Zaman ‘Form 2’ Dah Minat Shila Amzah

11 Aug 2023 • 10:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, melalui sesi temubual, Ubai ada memberitahu bahawa dirinya sewaktu di zaman persekolahan pernah mengumpul 50 sen setiap hari untuk membeli album isteri, Shila Amzah.

Pada mulanya, ramai yang merasakan kisah itu direka untuk raih perhatian tetapi setelah tular tweet lama Ubai di laman TikTok, baru netizen mempercayai dirinya.

Dapat dilihat dari video itu, beberapa tangkap layar selebriti media sosial itu ‘mention’ Shila Amzah untuk berborak dengannya.

Difahamkan, ketika itu Ubai masih berumur 14 tahun kerana tweet tersebut dibuat pada tahun 2012 dan kini dia sudah pun berumur 25 tahun.

image is not available

Disebabkan dirinya masih di bangku sekolah, Ubai memanggil isterinya dengan gelaran ‘kakak’ sebagai tanda hormat orang yang lebih tua.

image is not available

Sekadar info, Shila Amzah dan Ubai telah mendirikan rumah tangga pada minggu lalu di sebuah hotel di ibu kota.

image is not available 4 days ago

"Dari Sekolah Dah Minat" - Ubai Dedah Kumpul Duit Sekolah 50 Sen Setiap Hari Demi Beli Album Shila Amzah