‘Frontliner’ Gaza Menangis Selepas Mendapat Khabar Anggota Yang Lain Syahid

Entertainment
12 Oct 2023 • 1:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perang antara Israel dan Palestin yang berlaku sampai ke hari ini telah mengorbankan beribu-ribu mangsa.

Lebih menyayat hati, video yang tular di platform X baru-baru ini menunjukkan beberapa frontliner kesihatan menangis teresak-esak selepas mendengar khabar rakan anggota yang lain syahid dalam perang tersebut.

Kesedihan yang tidak dapat dibayangkan

Dalam kesibukan anggota kesihatan Gaza menyelamatkan mangsa kekejaman musuh, mereka mendapat khabar mengenai rakan-rakan anggota yang lain syahid akibat serangan Zionis.

Beberapa anggota kesihatan dilihat berpelukan dan menangis seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa rakan seperjuangan mereka telah dipanggil bertemu Sang Pencipta.

Musuh target ambulans

Menurut laporan Astro Awani, setakat ini 20 buah ambulans telah dibom oleh zionis Israel menyebabkan angka kematian selain daripada orang awam juga meningkat.

Biasanya ambulans akan membawa orang awam yang cedera atau terkorban. Tetapi kali ini ambulans membawa anggota kesihatan yang syahid dibom Israel.

Video yang lain dalam hantaran yang sama memaparkan beberapa frontliner mendirikan solat jenazah kepada petugas kesihatan yang syahid dalam pertempuran itu.

Menerusi ruangan balas dalam hantaran itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan berdoa agar kemenangan berpihak kepada yang benar.

image is not available image is not available

Sumber: X, Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.