Fujifilm GFX100 II Boleh Dipratempah Di Malaysia Pada Harga RM38,888

TechnologyDigital
13 Sep 2023 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Fujifilm GFX100 II telah mengumumkan GFX100 II sebagai tambahan baharu untuk kamera nircermin keluarannya. Kamera ini dilengkapi tubuh bersaiz standard yang lebih kecil dan ringan berbanding generasi terdahulu. Turut disertakan adalah sensor CMOS 102-Megapixel sebesar 35mm yang digabungkan dengan pemprosesan X-Processor 5 untuk kualiti rakaman lebih baik.

image is not available

Selain itu ia juga mampu merakam 4K/60P 4:2:2 10-bit atau sehingga 8K30P, yang dalam masa sama turut menawarkan format baharu untuk membolehkan rakaman video dalam pelbagai format termasuklah Premista, 35mm dan anamorphic (35mm) dengan pelbagai lensa X-Mount Fujifilm yang boleh ditukar ganti. Turut disokong adalah sistem pemokusan PDAF sebanyak 9.44 juta titik, di samping sokongan julat ISO di antara 80 hingga 12,800 untuk kedua-dua rakaman imej pegun dan video.

image is not available

Bukan itu sahaja kamera ini juga mempunyai penstabilan imej terbina dalam tubuh, dan kemampuan merakam berterusan pula sehingga 8.0 bingkai sesaat. Kemudian terdapatnya sebuah panel LCD yang besar terletak pada panel belakang yang boleh digerakkan mengikut keperluan pengguna.

image is not available

Di Malaysia Fujifilm GFX100 II ditawarkan pada harga RM38,888 untuk tubuh sahaja. Kemudiannya turut boleh dibeli bersama VG-GFX100II dengan harga lebih rendah RM1499 berbanding asal iaitu RM2,499. Sesi pratempah telah dibuka sekarang sehingga 26 September, dengan hadiah menarik bernilai hingga RM6,497.