Sony A7C II: Kini dengan sistem pembidik fokus bertunjangkan AI

Digital
3 Sep 2023 • 11:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sony telah mengemas kini barisan kamera kompak full-frame mereka dengan pelancaran Sony A7C II dan juga pengenalan siri baharu iaitu Sony A7C R.

image is not available

Sony A7C II membawakan beberapa naik taraf spesifikasi berbanding generasi sebelumnya. Bermula di bahagian teras, kamera itu kini diperkasa sensor BSI-CMOS 33MP, sensor sama yang diguna pakai A7 IV. Sebagai perbandingan, model sebelum ini mengguna pakai sensor 23MP.

image is not available

Bahagian cip pemproses imej masih kekal. A7C II mengguna pakai Bionz XR, cip yang sama digunakan pada A7 IV. Namun ia turut dilengkapi cip pemproses sekunder khas untuk memproses algoritma AI dalam sistem membidik fokus. Pemproses sekunder ini sudahpun diguna pakai pada model-model seperti A6700 dan juga ZV-E1.

image is not available

Dengan adanya kuasa pemproses tambahan ini, pengguna boleh jangkakan prestasi autofokus yang lebih baik. Contohnya Sony mengatakan yang ia meminimumkan isu focus breathing, mempertingkat prestasi penjejakan subjek, dan juga ia ada ciri baharu iaitu ciri Auto Framing.

image is not available

Apabila ingin merakam video, kamera ini boleh merakam dalam resolusi 4K sehingga 60fps ataupun video gerak perlahan pada kadar bingkai 120fps dalam resolusi 1080p. Seperti model sebelum ini, A7C II juga dilengkapi penstabil imej di dalam badan (IBIS).

Pengguna boleh menikmati fungsi penstabilan imej pada paras 5 stops ataupun 7 stops sekiranya menggunakan lensa yang sesuai. Sebagai perbandingan, model sebelum ini hanya menyokong sehingga 5 stops. Melalui sambungan USB-C, kamera ini boleh menjadi sebuah webcam tanpa memerlukan perisian ataupun driver khas kerana ia mengguna pakai prokotol universal UAV/UVC.

image is not available

A7C II dilengkapi dua skrin. Skrin pertama adalah pada viewfinder yang gunakan panel OLED dan ada 2.36M bintik manakala skrin kedua adalah yang bersaiz 3" yang mengandungi 1.03 bintik piksel. Kamera ini menawarkan sejumlah port I/O yang boleh dimanfaatkan. Ia ada port mikro-HDMI, 2 jek 3.5mm untuk mikrofon dan earfon, penyambung proprietari Sony, dan port USB-C untuk perpindahan data serta mengecas.

image is not available

Bateri yang digunakan pada model ini sama sahaja seperti sebelumnya. Bateri NP-FZ100 pada kamera ini memiliki piawaian CIPA pada paras 165 minit untuk rakaman video dan 560 syot untuk gambar pegun.

Spesifikasi Sony A7C II sangat mirip A7 IV. Dua kekurangan yang boleh dikenal pasti adalah ketiadaan sokongan kad memori berkembar dan viewfinder digital yang lebih rendah resolusi.

image is not available

Dalam pasaran A.S, A7C II dijual pada harga bermula USD2,199 (~RM10,200). Maklumat tentang penjualan di Malaysia masih belum anda namun model sebelum ini masuki Malaysia pada harga RM8,399.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan