
Fujifilm Instax Mini Link+ kini hadir di Malaysia dan ia merupakan pencetak pintar yang membolehkan pengguna mencetak gambar terus daripada telefon pintar dengan mudah.

Apa yang menjadikan Instax Mini Link+ ini menarik ialah fungsi Design Print Mode yang membolehkan pengguna menambah teks dan grafik pada gamba untuk pengalaman cetakan lebih peribadi. Selain itu, Multiple Print Mode pula membolehkan sehingga sepuluh gambar dicetak serentak bagi menghasilkan kolaj cantik dengan mudah. Lebih istimewa, Video Print Feature pula membolehkan pengguna memilih bingkai terbaik daripada rakaman video dan mencetaknya sebagai gambar kenangan yang unik.

Lebih daripada itu, pencetak ini turut menawarkan Enhanced Print Quality yang memberikan imej lebih tajam serta warna yang lebih tepat berbanding model sebelumnya. Di samping itu, reka bentuknya yang ringkas dan mudah dibawa membolehkan pengguna menggunakannya di mana-mana sahaja.
Di Malaysia, Instax Mini Link+ ini dijual pada harga RM648 dengan promosi pakej awal (early bird soft bundle) yang merangkumi satu pek filem serta sarung pencetak tambahan untuk tempoh masa terhad.

