Fujifilm Instax Square SQ40 Kini Di Malaysia Dengan Harga Jualan RM728

TechnologyDigital
27 Jul 2023 • 6:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fujifilm mengembangkan lagi portfolio kamera filem segera di Malaysia menerusi pengenalan Instax Square SQ40. Berharga RM728 sebuah, anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Fujifilm di seluruh Malaysia bermula hari ini, sama ada secara dalam mahupun luar talian.

image is not available

Kamera ini hadir dengan tubuh daripada bahan kulit sintetik dan bingkai perak, di samping turut memuatkan butang fizikal bagi memudahkan proses mengambil gambar. Hal ini dilihat serupa dengan bahan dan konsep yang digunakan pada beberapa model terdahulu dalam siri yang sama.

image is not available

Ia juga mempunyai kanta F65.75 yang boleh ditarik keluar, selain menyokong kawalan pendedahan yang boleh mengoptimumkan kelajuan pengatup secara automatik bergantung pada keadaan. Ciri Selfie Mode dan cermin kecil terbina yang disertakan pula amat berguna untuk pengalaman swafoto lebih baik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved