Fujifilm Mengemaskini Storan Pita Magnetik Ultrium 10 Dengan Kapasiti 40TB

TechnologyDigital
31 Dec 2025 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Storan pita magnetik adalah storan digital jangka-masa panjang yang digunakan untuk menyimpan data yang jarang perlu diakses dan digunakan, dan secara lazimnya boleh bertahan untuk berpuluh-puluh tahun lamanya tanpa sebarang degradasi kepada data dan juga komponen pita magnetik itu sendiri.

Pada pertengahan tahun ini, Fujifilm telah memperkenalkan storan pita magnetik Fujifilm LTO Ultrium 10 yang hadir dengan kapasiti penyimpanan data sebesar 30TB, dan kini, telah mengemaskini storan tersebut dengan pilihan kapasiti 40TB pula tanpa sebarang perubahan kepada saiz storan tersebut.

image is not available

Fujifilm telah memperbaiki teknologi “fine hybrid magnetic particles” mereka dan menggunakan bahan aramid untuk menghasilkan filem magnetik baru yang membolehkan storan ini menyimpan lebih banyak data lagi tanpa perlu mengubah saiz fizikal media storan tersebut.

Secara teorinya, teknologi storan ini mampu menyimpan sebanyak 100TB data didalamnya, tetapi ini bergantung kepada berapa berapa panjang pita magnetik yang boleh dimuatkan dalam satu rangka fizikal media storan tersebut.

Juga dikemaskini ialah suhu operasi pita ini. Model 30GB LTO Ultrium 10 boleh beroperasi pada julat suhu 15 darjah Celcius ke 25 darjah Celcius, manakala model 40GB boleh beroperasi dalam julat suhu 15 darjah Celcius ke 35 darjah Celcius.

Fujifilm mengatakan bahawa storan pita magnetik Fujifilm LTO Ultrium 10 40GB ini akan mula dijual kepada pelanggan-pelanggan penyimpan data jangka masa panjang (cold storage) bermula Januari 2026.