Fujifilm QuickSnap Versi Active Dan Black & White Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM98

LocalDigital
7 Oct 2026 • 6:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fujifilm QuickSnap Versi Active Dan Black & White Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM98

Fujifilm hari ini turut melancarkan dua model kamera pakai buang terbaharu untuk pasaran Malaysia iaitu QuickSnap Active yang kalis air dan QuickSnap Black & White. Pelancaran ini bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 siri ikonik QuickSnap sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1986. 

Image from: Fujifilm QuickSnap Versi Active Dan Black & White Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM98
Image from: Fujifilm QuickSnap Versi Active Dan Black & White Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM98

QuickSnap Active diperkenalkan sebagai variasi kalis air yang dibalut dengan kerangka plastik khas berpenutup kalis air sehingga kedalaman 10 meter. Kamera ini menggunakan filem warna ISO 800 yang membolehkan sebanyak 27 keping gambar diambil. Selain itu, butang pengatup (shutter) kamera ini direka lebih besar bagi memudahkan pengguna menekan butang tersebut semasa melakukan aktiviti lasak atau sukan air.

Image from: Fujifilm QuickSnap Versi Active Dan Black & White Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM98
Image from: Fujifilm QuickSnap Versi Active Dan Black & White Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM98

Sementara itu, QuickSnap Black & White pula ditawarkan sebagai model monokrom yang direka khas untuk peminat fotografi jalanan (street photography) bermotifkan estetik. Model ini jugamenggunakan filem hitam-putih berkualiti tinggi dengan tekstur bintik halus (grain) untuk menghasilkan gambar bergaya retro yang tajam, menarik dan berseni.

Image from: Fujifilm QuickSnap Versi Active Dan Black & White Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM98
Image from: Fujifilm QuickSnap Versi Active Dan Black & White Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM98

Kamera ini ditawarkan pada harga bermula RM98 untuk model QuickSnap standard manakala model Active dan Black & White masing-masing dijual pada harga RM118. Model-model baharu ini kini boleh didapati melalui acara in-store takeover eksklusif bersama atmos di Mid Valley Megamall sehingga 25 Oktober 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved