Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3,948

TechnologyDigital
15 Oct 2024 • 1:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fujifilm dilihat berkongsi harga jualan rasmi untuk kamera nircermin baharu X-M5 di Malaysia. Ia boleh didapati bermula RM3,948 untuk tubuh sahaja. Kemudian meningkat kepada RM4,398 bersama kanta XC15-45mm Kit. Anda yang berminat boleh membuat pratempahan sekarang dengan hadiah bernilai RM1,178 diberi secara percuma.

image is not available

Kamera ini menggunakan sensor 26.1MP BSI CMOS X-Trans dengan padanan pemproses pengimejan X-Processor 5. Ini membolehkan kamera merakam pada resolusi maksimum 6.2K/30P 4:2:2 10-bit. Selain itu mempunyai sistem autofokus dengan pengesanan subjek berasaskan AI yang memudahkan tangkapan subjek bergerak pantas.

image is not available

Kamera juga hadir dengan 20 mod simulasi filem yang boleh ditukar dengan mudah menggunakan tombol berputar disedia. Padanan yang baik diteruskan lagi melalui tiga mikrofon terbina dan sebuah panel LCD bersaiz 3″ dengan 1.04 juta titik yang boleh digerakkan ikut keperluan pengguna.