Fun Habis! Grab Lancar Lagu ‘Keranamu Malaysia’, Khas Untuk Orang Ramai [Video]

LocalMusic
29 Aug 2025 • 6:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu


31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang amat bermakna buat rakyat Malaysia apabila tanah air tercinta berjaya mencapai kemerdekaan.

Secara ringkasnya, kemerdekaan sebuah negara bermaksud kebebasan daripada penjajahan asing sekaligus bebas menentukan pemerintahan dan hala tujunya.

Sempena memperingati hari bersejarah itu, pelbagai acara dan sambutan dibuat setiap tahun sebagai menghargai pengorbanan para pejuang dan masyarakat terdahulu dalam mencapai  kemerdekaan buat Malaysia.

Selain acara seperti perarakan serta promosi istimewa, antara yang paling sinonim adalah penghasilan lagu patriotik Hari Kebangsaan.

Jika ditanya kepada rakyat Malaysia lagu patriotik mana yang paling melekat di hati, pasti ramai yang memberi jawapan Keranamu Malaysia.

image is not available

Lagu Keranamu Malaysia Oleh Grab Sebagai Penghargaan Buat Rakyat Malaysia

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan tiba, Grab Malaysia telah melancarkan muzik video lagu Keranamu Malaysia edisi Grab yang menggunakan muzik asal dihasilkan oleh komposer terkenal, Arwah Pak Ngah atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Mohd Zain.

Menurut Ketua Pemasaran Grab Malaysia, Ko Li Ping, muzik video yang dihasilkan adalah satu penghargaan buat rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan membentuk platform tersebut sehingga mencapai tahap ini.

“Video muzik ini adalah cara kami menghargai semangat serta sumbangan harian mereka yang terus memacu Malaysia ke hadapan.

“Sorotan diberikan kepada insan-insan di sebalik inovasi yang anda lihat di Grab: rakan-pemandu dan rakan-penghantar kami, serta pasukan berbakat yang memetakan jalan, membangunkan dan menyesuaikan ciri-ciri teknologi Grab agar platform ini berfungsi untuk semua,” katanya.

Bukan itu sahaja, lirik lagu yang disampaikan juga menggambarkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum, namun olahannya adalah secara bersahaja dan menghiburkan!

Ada karakter berbangsa Melayu, Cina dan India malah hidangan tradisi dari Malaysia Timur seperti Laksa Sarawak turut dipaparkan dalam muzik video ini sebagai lambang perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Perkhidmatan Grab Bantu Settle Masalah Yang Dihadapi Rakyat Malaysia

Uniknya, buah tangan Grab kali ini turut mengetengahkan perkhidmatan mereka yang banyak menyelesaikan masalah rakyat Malaysia.

Dari peniaga yang pening bila kedai tak muncul dalam peta, si anak tidak dapat teman ibu keluar, wanita yang malas nak hadap jem untuk keluar beli barang, keliru dengan kawan nak makan apa, semua itu boleh diselesaikan oleh Grab.

Dengan adanya perkhidmatan seperti Grab Family Account, Grab Order, Grab Maps serta bersama syarikat seinduk, GX Bank dan Jaya Grocer menggambarkan usaha Grab dalam memberi perkhidmatan terbaik buat semua.

Menerusi pemerhatian kami, video ini memberi gambaran betapa dekatnya kesemua perkhidmatan ini dengan rakyat Malaysia.

Boleh dikatakan setiap rutin harian kita, pasti ada kaitan dengan Grab, kan? Jom tonton muzik video Keranamu Malaysia edisi Grab di YouTube sekarang. Memang fun habis!

Rai Warisan & Kepelbagaian Budaya Malaysia

Oh tidak lupa juga dalam meraikan warisan dan kepelbagaian budaya, Grab turut bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk terus menggalakkan pelancong dalam mahupun luar negara meneroka keindahan Malaysia menerusi Grab atau GrabFood.

Selain kempen Visit Malaysia 2026, Grab juga akan mempromosikan pengalaman kulinari negara selain menarik lebih ramai rakan korporat untuk membawa Malaysia ke pentas dunia.

image is not available

Tawaran & Promosi Eksklusif Sempena Hari Kebangsaan

Sempena hari bersejarah ini juga, Grab turut menawarkan pelbagai tawaran dan promosi eksklusif seperti diskaun dan penjimatan di kesemua platformnya.

Malah, Grab Malaysia akan menyemarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan tahun ini dengan menyertai Perarakan Hari kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos selain di Johor, Kota Kinabalu, Kuantan dan Pulau Pinang.

Menariknya, perarakan itu bakal disertai oleh pihak yang menjadi nadi platform tersebut seperti pemandu, penghantar, warga kerja Grab Malaysia, GX Bank dan Jaya Grocer.

image is not available

Bukan itu sahaja, Grab Malaysia juga akan memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan dengan membuka reruai khas sempena perarakan di Putrajaya.

Pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, pemberian barangan eksklusif secara percuma serta baucar istimewa buat pengunjung menjadikan sambutan Hari Kebangsaan kali ini lebih bermakna.