
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap hari, ada sahaja ragam dan gelagat pengguna jalan raya yang dipaparkan di media sosial.
Ada yang baik dan dapat dijadikan tauladan. Namun ada juga perkongsian yang boleh menguji kesabaran orang ramai seperti sikap tidak bertanggungjawab pengguna itu sendiri.
Manakan tidak, sikap mereka yang sebegitu kadangkala boleh menyusahkan orang lain dan menjadi punca kemalangan jalan raya.
Pemandu Teragak-Agak Reverse Kereta Dari Tepi Jalan
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (dashcam) melibatkan sebuah kemalangan di Simpang Paya Rambai, Kota Bharu, Kota Kinabalu.
Menerusi rakaman yang dikongsikan di TikTok @cheongkb, kelihatan sebuah kereta Honda Civic berwarna perak kelihatan keluar secara mengundur di tepi jalan.
Namun, kereta itu kemudiannya dilihat masuk semula ke tepi jalan sebelum mengundur sekali lagi.
Terus Buat Pusingan U Sehingga Langgar Kereta Lain
Apa yang menjadi perhatian adalah sebaik sahaja pemandu kereta terbabit mengundur buat kali kedua, dia dilihat terus membuat pusingan U tanpa memberi sebarang isyarat.
Lebih mengejutkan, tindakannya itu menyebabkan kenderaannya melanggar bahagian belakang sebuah kereta lain yang turut menggunakan jalan sama.
Insiden itu nyata menarik perhatian penduduk setempat hingga orang ramai dilihat mula mengerumuni tempat kejadian.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pemandu kereta yang merupakan seorang lelaki dan seorang perempuan yang merupakan penumpang hadapan dilihat keluar dari kereta Honda Civic tersebut.
Berdasarkan data pada rakaman CCTV berkenaan, kejadian dipercayai berlaku pada 26 Ogos lalu kira-kira jam 7.55 petang.
@cheongkb 26.8.2025 Kemalangan uturn di Simpang Paya Rambai, Kota Bharu. Video cctv dari Choi Key Services & Trading.
♬ original sound – cheongkb
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Geram Tindakan Pemandu Selamba Pusingan U Di Tempat Tidak Sepatutnya
Video yang telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang geram dengan tindakan pemandu kereta Honda Civic terbabit yang dilihat selamba membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya.
Malah, ada yang mempersoalkan cara pemanduan pemandu kereta tersebut yang dilihat kurang mahir dalam mengawal kenderaannya.
Buat Pusingan U Di Tempat Tidak Sepatutnya Boleh Didenda RM300
Untuk info, membuat pusingan U 180 darjah bagi tujuan berpatah balik ke laluan bertentangan adalah satu kesalahan.
Menerusi satu hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia, pusingan U hanya boleh dibuat di kawasan yang mempunyai papan tanda pusingan U dan tidak dibenarkan di beberapa kawasan tertentu seperi selekoh, hadapan kawasan sekolah dan di dalam terowong.
“Setiap pemandu diingatkan bahawa membuat pusingan U di tempat yang tidak mempamerkan papan tanda pusingan U adalah melakukan kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 166/59 (Kaedah 13) dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300,” terang mereka.
SEMBANG TRAFIK PUSINGAN-U Pusingan-U adalah perbuatan pemandu membuat pusingan 180 darjah bagi berpatah balik ke…
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday 2 December 2015
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Aku Tak Faham, Kereta Tu Nak Apa Sebenarnya? Kejap Undur Tiba-Tiba U Turn, Tak Pasal Kemalangan”

“Dia Sebenarnya Nak Pergi Mana? Pekat Sangat Nampak tu”

“Macam Mana Dia Bawa Kereta”

“Dah La Signal Tak Bagi, Siapa Pula Ajar Buat U-Turn Macam Tu Dekat Tengah Jalan?”

Baca Artikel Berkaitan: Rider Nyaris Kemalangan Gara-Gara Pemandu Lori Selamba Buat Pusingan U Haram Buat Netizen Berang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Tercampak Selepas Kereta Buat Pusingan U, Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Panas Hati Aku” – Perodua Viva Selamba Buat Pusingan U Hingga Sebabkan Kemalangan Buat Ramai Berang [Video]
Source:



![Fun Habis! Grab Lancar Lagu ‘Keranamu Malaysia’, Khas Untuk Orang Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/music.jpeg)
