G-SHOCK Perkenal Jam GMC-2500 and GAC-2500 Baharu, Gabungkan Identiti Klasik Dengan Reka Bentuk Analog

DigitalLifestyle
23 Oct 2026 • 2:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

G-SHOCK Perkenal Jam GMC-2500 and GAC-2500 Baharu, Gabungkan Identiti Klasik Dengan Reka Bentuk Analog

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Casio memperkenalkan dua model baharu dalam keluarga jam tangan G-SHOCK, iaitu GMC-2500 dan GAC-2500, yang menggabungkan identiti ikonik jenama itu dengan reka bentuk analog lebih ringkas dan moden.

Kedua-dua model berkenaan diperkenalkan menerusi acara Toughness Refined Pop-up di Pavilion KL, yang berlangsung dari 22 hingga 25 Oktober 2026.

Pengenalan dua model ini pastinya menarik perhatian peminat G-SHOCK yang menggemari jam tangan dengan identiti lasak, selain reka bentuk yang sesuai digayakan dalam pelbagai situasi.

Dengan mengekalkan DNA klasik jenama itu dalam penampilan analog yang lebih moden, GMC-2500 dan GAC-2500 menawarkan pilihan baharu buat mereka yang menghargai gabungan gaya, fungsi dan warisan G-SHOCK.

Acara itu turut mempamerkan DW-5000R, model yang menghidupkan semula reka bentuk G-SHOCK generasi pertama.

Sejak kemunculan sulungnya pada 1983 menerusi DW-5000C, G-SHOCK dibangunkan berasaskan konsep jam tangan yang tidak mudah rosak walaupun terjatuh. Identiti tahan hentakan itu terus menjadi teras jenama berkenaan, seiring evolusi reka bentuknya mengikut peredaran zaman.

Menerusi GMC-2500 dan GAC-2500, Casio membawa keindahan fungsi model asal ke dalam rekaan analog yang lebih minimalis. Bentuk ikonik G-SHOCK masih dikekalkan, namun kedua-dua model baharu ini menampilkan kontur luaran lebih lembut dan membulat.

Ciri Multi-Mission Date untuk paparan lebih praktikal

Antara ciri utama yang diperkenalkan ialah Multi-Mission Date, menggunakan paparan tiga bahagian pada kedudukan pukul 3 untuk memaparkan tarikh, minit yang berlalu ketika menggunakan jam serta maklumat tetapan, bergantung pada fungsi yang sedang digunakan.

Ciri itu turut membolehkan pengguna menetapkan tahun, bulan dan hari bagi mengaktifkan kalendar automatik sepenuhnya. Dengan itu, jam tangan analog ini tidak memerlukan pembetulan tarikh secara manual.

Pada kedudukan pukul 9 pula, jarum saat kecil boleh dihentikan apabila tidak diperlukan dan diaktifkan semula pada bila-bila masa. Fungsi tidur atau sleep function ini membantu mengurangkan penggunaan kuasa sekali gus memanjangkan hayat bateri.

Kemasan lebih halus dengan keterbacaan jelas

Dari segi penampilan, reka bentuk sarung jam menampilkan lengkungan lembut yang menghasilkan permainan cahaya dan bayang-bayang berbeza mengikut sudut pencahayaan.

Bahagian muka jam pula menggunakan rekaan ringkas dengan garisan serta indeks yang jelas, menggabungkan penampilan lebih kemas dengan keterbacaan yang baik.

Pendekatan ini membolehkan GMC-2500 dan GAC-2500 mengekalkan karakter lasak tahan hentakan G-SHOCK sambil mengetengahkan gaya analog yang lebih bersahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved