G-Shock telah melancarkan jam tangan edisi khas GMA-P2125W di Malaysia dengan harga RM545. Jam tangan ini bukan sahaja tampil bergaya dengan rona ungu lembut yang elegan, tetapi juga menawarkan fungsi yang praktikal.

Jam tangan ini direka khusus untuk mereka yang mempunyai pergelangan tangan kecil bagi memastikan memastikan pemakaian yang selesa sepanjang hari. Menariknya lagi, ia juga diperbuat daripada resin bio yang berasal daripada sumber organik yang boleh diperbaharui bagi membantu mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Bukan itu sahaja, jam tangan ini tahan hentakan dan kalis air sehingga 200 meter, menjadikannya sesuai untuk aktiviti lasak. Di samping mempunyai dwi-lampu LED (Super Illuminator) yang memberikan pencahayaan terang untuk paparan analog dan digital walaupun dalam keadaan gelap.
Terdapat juga ciri-ciri standard lain seperti sambungan ke peranti pintar, penggera harian, jam randik, lampu LED, kalendar automatik, paparan tarikh dan penunjuk hari. Bagi anda yang berminat, jam tangan ini sudah boleh didapati di laman web rasmi Casio Malaysia.
