BOE Dilaporkan Telah Mula Menghasilkan Panel Skrin MicroLED Dalam Kuantiti Yang Banyak

TechnologyDigital
12 Nov 2019 • 6:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MicroLED adalah jenis skrin baharu yang dikatakan adalah lebih baik daro OLED. Ia akan mempunyai kontras yang lebih tinggi dan warna hitam yang lebih gelap. Kelebihan microLED ini juga adalah hebat dan akan mempunyai kecerahan yang lebih tinggi dari OLED kerana sifatnya yang bukan organik. Ini bermakna, warna merah, hijau, biru tidak mempunyai masalah kerosakan cahaya seperti OLED (burn-in).

image is not available

Samsung adalah salah satu syarikat yang telah berjaya menghasilkan panel ini dan digunakan pada TV mereka, namun selepas itu langsung tiada khabar lain. Terkini, BOE iaitu syarikat yang turut membangunkan panel skrin OLED dilaporkan telah mula menghasilkan panel microLED dalam kuantiti yang banyak. Mereka juga dalam proses mencari pengeluar lain untuk mengaplikasikan panel ini kepada pelbagai produk. Jika BOE sudah bersedia, ini bermakna mereka berani dan yakin akan panel microLED mereka dan mungkin akan mendahului pasaran ini sebelum jenama besar lain mula.