SKMM Akan Menjalankan Kajian Penggunaan Telefon Bimbit Dan E-Dagang Dari 27 Disember 2019 Hingga 31 Mei 2020

TechnologyDigital
26 Dec 2019 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bermula hari esok, 27 Disember 2019 sehingga 31 Mei 2020, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan kajian soal selidik penggunaan telefon bimbit dan e-dagang rakyat Malaysia.

Melalui ciapan di Twitter, pihak SKMM berkata mereka akan membuat panggilan telefon melalui beberapa nombor yang tertera dari 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari, kecuali hari-hari kelepasan am negara, dan juga negeri Selangor.

Pihak SKMM tidak menjelaskan butiran mengenai soalan-soalan yang akan ditanya, tetapi pada pendapat kami, ia akan sekurang-kurangnya merangkumi soalan-soalan asas seperti peranti pintar yang digunakan, dan samada anda sering membeli barangan melalui platform-platform jual-beli atas talian.