Gabungan Hebat Antara iMedia Asia, Kidsnergy & GETB, Kejohanan Social Serve Kidsnergy Beri Impak Positif Buat Komuniti! 

23 Nov 2026 • 6:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kejohanan Social Serve Kidsnergy anjuran iMedia Asia dengan kerjasama Kidsnergy serta penaja utama, Great Eastern Takaful Berhad (GETB), telah pun melabuhkan tirai dengan jayanya pada 18 Oktober lalu. 

Berlangsung meriah selama tiga hari berturut di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang, kejohanan kali ini memang cukup luar biasa tau! 

Advertisement

Mana taknya, ia bukan sahaja menghimpunkan atlet-atlet dewasa, malah menjadi pentas kepada generasi atlet masa depan berusia seawal 7 hingga 17 tahun untuk menyerlahkan bakat dan kehebatan mereka di gelanggang.

Gimik Pelancaran Yang Cukup Meriah

Menariknya, kemuncak majlis perasmian turut disempurnakan dengan kehadiran enam wakil terkemuka daripada pelbagai sektor merangkumi sukan, kerajaan, kewangan, media dan pihak lokasi acara.

KIDSYNERGY

Dari kiri: Brian Choo, Pengasas Bersama dan Pengarah PLAYA Racquet Club, Voon Tze Khay, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iMedia, Goh Liu Ying, Pengasas Kidsnergy, Rashida Mior Ahmad Darwish, Ketua Pemasaran Great Eastern Takaful, Magdelene Anak Manjah, Penolong Pengarah Sukan, Jasveen Kaur Marne, Wakil Lantikan, Great Eastern Takaful Berhad, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Francis Chin, Pengarah Kanan iCAUR Malaysia

Selain ucapan aluan dan penyampaian tanda penghargaan kepada rakan kongsi utama, majlis gimik perasmian dimeriahkan lagi dengan acara memecahkan belon secara serentak oleh kesemua tujuh tetamu kehormat sebagai simbolik bermulanya kejohanan tersebut.

Gabung Sukan & Literasi Kewangan Untuk Generasi Muda

Apa yang membuatkan kejohanan ini lebih unik dan bermakna berbanding perlawanan biasa? Kalau anda nak tahu, kejohanan Social Serve Kidsnergy menyuntik elemen literasi kewangan dalam arena sukan tau. Haa, macam mana? 

KIDSYNERGY

Tahu tak, latihan kewangan seperti mengumpul duit belanja, membezakan antara kehendak dan keperluan serta menyimpan duit untuk matlamat lebih besar juga boleh dipelajari sama seperti mempelajari proses teknik pukulan baru seperti latihan berulang, pengamalan berterusan dan kejayaan-kejayaan kecil. Bagus kan?

KIDSYNERGY
Melalui pendekatan ini, para peserta bukan saja dapat mengasah disiplin dan semangat kesukanan, malah mereka turut didedahkan dengan nilai serta kemahiran hidup untuk membina tabiat kewangan yang sihat sejak dari bangku sekolah lagi.

KIDSYNERGY

Menurut Jasveen Kaur Marne, Wakil Lantikan Great Eastern Takaful Berhad, literasi kewangan bukan sekadar mengenai wang, tetapi ia adalah tentang membina keyakinan, memupuk rasa tanggungjawab serta memperkasakan kanak-kanak untuk membuat keputusan yang berasaskan maklumat semasa mereka membesar.

Bukan itu saja, menerusi inisiatif Great Eastern Juniors oleh Great Eastern Takaful Berhad (GETB), kejohanan ini menjadi platform sebagai literasi kewangan lebih mudah difahami, menarik dan mesra kanak-kanak. 

KIDSYNERGY

KIDSYNERGY

[contact-form]

KIDSYNERGY

KIDSYNERGY

Selain itu, sepanjang kejohanan ini berlangsung, GETB juga menyediakan bengkel di mana kanak-kanak boleh menyertai aktiviti-aktiviti berkaitan literasi kewangan yang interaktif, permainan pendidikan serta kuiz menyeronokkan yang direka untuk menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

Inisiatif Komuniti Yang Kini Luas Di Seluruh Negara 

KIDSYNERGY

Untuk pengetahuan, Kidsnergy diasaskan oleh bekas pemenang pingat Olimpik negara, Goh Liu Ying, dan kini berkembang menjadi antara gerakan sukan terkemuka di Malaysia dengan jangkauan kepada ribuan keluarga di seluruh negara.

Menerusi kolaborasi strategik bersama GETB, pihak Kidsnergy dan iMedia Asia berhasrat untuk terus menjadikan bidang sukan serta pendidikan kewangan lebih mudah diakses, menarik dan berimpak positif buat seisi keluarga di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan penaja atas kejayaan menganjurkan sukan yang bukan saja menyihatkan badan, malah memberi impak positif serta pendidikan bermakna buat generasi muda!

The post Gabungan Hebat Antara iMedia Asia, Kidsnergy & GETB, Kejohanan Social Serve Kidsnergy Beri Impak Positif Buat Komuniti!  first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved