Gabungan Honda & Nissan Bakal Jadi Kumpulan Automotif Ketiga Terbesar Dunia – Fokus Hasil EV

WorldTechnology
19 Dec 2024 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Syarikat automotif Jepun, Nissan dan Honda, telah mengesahkan awal minggu ini bahawa kedua-dua syarikat sedang menjalankan perbincangan yang berpotensi membawa kepada penggabungan. Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk memperluaskan kerjasama sedia ada dan berkongsi sumber dalam berhadapan dengan persaingan global yang semakin sengit.

Kemungkinan Penubuhan Syarikat Induk

image is not available

(Dari kiri ke kanan) Presiden dan CEO Nissan Motor, Makoto Uchida, bersama Presiden dan CEO Honda Motor, Toshihiro Mibe, mengumumkan kerjasama awal antara kedua-dua syarikat itu pada awal tahun ini.

Namun begitu, kedua-dua syarikat mengeluarkan kenyataan serupa pada Selasa lepas, menegaskan bahawa tiada penggabungan diumumkan setakat ini.

“Seperti yang diumumkan pada Mac tahun ini, Honda dan Nissan sedang meneroka pelbagai kemungkinan untuk kerjasama masa depan, memanfaatkan kekuatan masing-masing," katanya dalam kenyataan tersebut.

Potensi Menjadi Kumpulan Automotif Ketiga Terbesar Dunia

Pada tahun lepas, Honda menjual sejumlah 3.98 juta kenderaan, manakala Nissan mencatatkan jualan sebanyak 3.37 juta unit kenderaan. Gabungan jualan global kedua-dua syarikat pada tahun 2023 adalah lebih 7.35 juta kenderaan, mengatasi Hyundai dan Kia, yang mencatatkan jualan gabungan 7.31 juta.

Honda kini mempunyai sejumlah 194,993 kakitangan sebagai kumpulan konsolidasi, sementara Nissan menggaji 133,580 kakitangan setakat Mac 2024.

Elektrifikasi Jadi Fokus Utama

image is not availableimage is not available

Dalam penggabungan ini, usaha ke arah elektrifikasi dijadikan keutamaan. Honda menyasarkan untuk meningkatkan jualan kenderaan hibrid kepada 1.3 juta unit menjelang 2030, dan pengeluaran EV lebih 2 juta unit setahun dalam tempoh yang sama. Selain itu, Honda merancang untuk menjadi jenama EV dan kenderaan sel bahan api (FCEV) sepenuhnya menjelang tahun 2040.

Sementara itu, Nissan menyasarkan sekurang-kurangnya 60% daripada jualan globalnya pada 2030 terdiri daripada EV dan hibrid.

Gabungan Nissan dan Honda berpotensi membawa perubahan besar dalam landskap industri automotif global, selain memperkukuhkan daya saing mereka dalam era elektrifikasi yang kini didominasi oleh jenama China.