Honda Dan Nissan Kini Dilaporkan Akan Mulakan Perbincangan Untuk Menyatukan Syarikat

TechnologyDigitalCars
18 Dec 2024 • 7:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honda Motor dan Nissan Motor kini dilaporkan akan melakukan perbincangan dengan hasrat untuk menyatukan kedua-dua syarikat. Dengan menyatukan syarikat, kedua-dua nama dalam arena automotif ini boleh bergabung tenaga dan sumber, serta pada masa yang sama bersaing dengan lebih baik bersama jenama lain di pasaran.

Sekiranya perbincangan ini berjalan lancar, Honda dan Nissan akan beroperasi dibawah sebuah syarikat induk baharu, yang mana mungkin turut menyertakan Mitsubishi Motor pada masa akan datang. Untuk makluman juga, Honda dan Sony turut mempunyai syarikat kerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik.

Pada hari ini, Honda dan Nissan masing-masing menghadapi cabaran sengit oleh pengeluar kenderaan dari China, terutamanya kenderaan elektrik. Sebelum ini sendiri, Honda dan Nissan sedia mengumumkan kerjasama untuk kenderaan elektrik.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya untuk kedua-dua syarikat ini, dan bagaimana mereka akan terus bersaing dalam arena automotif yang semakin kompetitif kebelakangan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved