Gabungan Ikonik Ayam Goreng Pedas Dan Kerepek Kentang, Cetusan Semangat Merdeka

FoodCooking
30 Aug 2022 • 7:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sambutan Hari Merdeka tahun ini pasti lebih istimewa dengan hidangan ayam goreng enak - Gambar Hiasan

Siapa di sini yang gemar menikmati ayam goreng rangup lagi pedas dan kerepek kentang perisa BBQ? Jika anda salah seorang daripada peminat hidangan ini, berita yang dikhabarkan KFC  Malaysia ini pasti menggembirakan hati.

Sempena dengan sambutan Hari Merdeka tahun ini, KFC dan Lays sekali lagi bekerjasama membawakan ciptaan istimewa terbaharu iaitu Ayam Goreng KFC x Lay’s Crunch perisa BBQ!

image is not available
Sempena dengan sambutan Hari Merdeka tahun ini, KFC dan Lays sekali lagi bekerjasama membawakan ciptaan istimewa terbaharu iaitu Ayam Goreng KFC x Lay’s Crunch perisa BBQ - Gambar ihsan KFC Malaysia

Terokai gabungan luar biasa kerepek kentang dan ayam goreng yang sepadan antara satu sama lain yang bakal membawa pengalaman sedap hingga menjilat jari anda kepada tahap kerangupan enak baharu!

Ayam Hot & Spicy ikonik KFC disalut dengan tepung campuran hancuran kerepek kentang Lay’s istimewa, kemudian digoreng sehingga perang keemasan bagi mencipta kerangupan yang diidamkan. Untuk kesempurnaan rasa, perencah BBQ ditaburkan untuk sensasi rasa smoky BBQ dalam setiap gigitan rangup. 

image is not available

“April lalu, anda telah mencuba dan menikmati kerepek kentang Lay’s x KFC Hot & Spicy. Kini, atas permintaan popular, kami membawakan inovasi terbaharu dengan kerjasama Lay’s khas buat rakyat Malaysia untuk menambah kerangupan enak ketika sambutan hari kemerdekaan.

“Setiap gigitan ayam goreng KFC x Lay’s Crunch perisa BBQ ini pasti akan membuatkan anda tersenyum puas,”ujar Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling.

image is not available

Tambah beliau lagi, KFC juga melancarkan KFC Bucket Bersama edisi terhad untuk meraikan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia bersempena sambutan kemerdekaan kali ini. Bucket  Bersama menampilkan makanan sampingan terbaharu – Loaded Cheezy Fries yang membangkitkan selera. 

Selamat menjamu selera! - Getaran, 30 Ogos 2022