Gabungan Sempurna Sandwich Dan Kopi, Cawangan Kedua Kafe Bask Bear Telah Dibuka Di Satok

3 Sep 2023 • 10:14 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Boleh jadi port breakfast korang la lepas ni

Gabungan Sempurna Sandwich Dan Kopi, Cawangan Kedua Kafe Bask Bear Telah Dibuka Di Satok. Berita baik untuk pencinta kopi dan sandwich di Kuching! Kafe Bask Bear, telah membuka cawangannya yang kedua di Satok.

Selepas kejayaan cawangan pertama di Summermall, Kafe Bask Bear kini bersedia untuk menyajikan hidangan sandwich yang enak di cawangan kedua mereka di Rock Road, Satok.

image is not available
Gabungan Sempurna Sandwich Dan Kopi, Cawangan Kedua Kafe Bask Bear Telah Dibuka Di Satok. Kredit gambar: Tan Gim Liong

Satu konsep yang unik dengan menyajikan pelbagai jenis sandwich dan minuman

Bagi yang belum pernah menjejak kaki ke Kafe Bask Bear, apa yang menjadikan kafe ini menjadi tarikan pengunjung adalah kafe ini membawa satu konsep yang unik dengan menyajikan pelbagai jenis sandwich dan minuman yang mempunyai rasa yang sesuai dengan selera masyarakat.

Sesuai untuk anda yang ingin memulakan hari anda dengan sarapan di sini.

image is not available
Kredit gambar: Tan Gim Liong

image is not available
Kredit gambar: Tan Gim Liong

Pasti tak rugi dan tak menyesal lah

Untuk pencinta kopi, Bask Bear Coffee ini harus menjadi salah satu pilihan anda untuk menikmati hidangan kopi yang penuh aroma kelazatan kopinya. Bahkan, dimaklumkan juga bahawa Bask Bear Coffee ini juga memiliki tarikannya yang lain dan popular juga dalam kalangan penggemarnya iaitu Sandwich Toast mereka.

Lepas ni, nak keluar jalan-jalan hujung minggu di Satok boleh lah singgah di Bask Bear Coffee ni ye! Pasti tak rugi dan tak menyesal lah.

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: