Gabungan Sung Kang, Lana Condor & Ross Butler Dalam Filem Worth The Wait Jadi Perhatian Ramai

6 Aug 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Filem romantik komedi terbaharu berjudul Worth the Wait mencuri perhatian peminat filem apabila menampilkan barisan pelakon bintang bertaraf antarabangsa yang kesemuanya terdiri daripada berketurunan Asia.

Filem Worth the Wait bukan sekadar kisah cinta biasa, sebaliknya mengangkat elemen cinta, keluarga dan tradisi dalam komuniti Asia-Amerika dengan penggambaran di Amerika Syarikat dan Malaysia.

Antara pelakon yang mencuri perhatian ramai dalam filem ini Sung Kang yang pernah membintangi filem  Fast & Furious. 

Filem ini turut menampilkan Lana Condor yang merupakan pelakon utama  siri popular To All the Boys I’ve Loved Before, serta Ross Butler yang terkenal melalui drama 13 Reasons Why. 

Selain dari mereka, pelakon aksi dari filem Bullet Train dan siri Daredevil iaitu Andrew Koji dan Elodie Yung juga membintangi filem ini. 

Tidak ketinggalan juga pelakon Hong Kong Karena Lam, bintang Supernatural, Osric Chau serta Kheng Hua Tan yang pernah membintangi Crazy Rich Asians memperkukuh lagi kredibiliti pelakon filem ini.

Dengan barisan pelakon berbakat besar dan kisah penuh nilai budaya, Worth the Wait bukan sekadar hiburan, malah meraikan warisan Asia di pentas global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved