Gadis 14 Tahun Didakwa Lari Dari Rumah Di KL Ke Johor Untuk Jumpa BF Umur 47 Tahun

Entertainment
28 Jul 2025 • 1:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun hilang dari rumahnya di Kepong, Kuala Lumpur dan tidak dapat dihubungi selama 4 hari, dia kemudiannya ditemui di Batu Pahat, Johor oleh pihak polis.

Lebih menakutkan, keluarga remaja itu mendapati remaja berkenaan ingin bertemu dengan teman lelakinya yang berusia 47 tahun, difahamkan mereka berkenalan dalam satu online game.

Menurut laporan Sin Chew Daily, bapa kepada remaja itu bekerja di Singapura dan anaknya itu tinggal bersama ahli keluarga lain di Kepong.

image is not available

“Kira-kira 2 hingga 3 minggu yang lalu, kawan kakak saya melihat anak saya menaiki SUV putih di Kepong, dan mereka mengambil gambar sebagai bukti kemudian menghantarnya kepada kakak saya. Saya segera menghubungi anak perempuan saya untuk bertanyakan perkara ini.

Anak perempuan saya secara bersahaja berkata bahawa lelaki di dalam kereta itu adalah teman lelakinya, yang dia temui dalam permainan online dan dia tidak boleh tergesa-gesa pulang pada masa itu.

Jadi, saya hanya boleh mengingatkan kakak dan ibu bapa saya untuk memberi perhatian lebih mengenai perkara ini,” kata bapanya itu.

Menurutnya, remaja itu sudah ditegur untuk meninggalkan lelaki tersebut namun remaja itu mempertahankan teman lelakinya dan mendakwa lelaki itu sangat kaya.

Nasib baik polis jumpa gadis ni…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.