Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

11 Sep 2024 • 1:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.

Memetik laporan portal Kompas, mangsa yang dikenali sebagai Nia itu ditemui kira-kira 1.5 kilometer (km) dari rumahnya dan kira-kira 1 km dari kawasan niaganya selepas tiga hari dilaporkan hilang.

Ditemui Dalam Keadaan Tragis

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Pariaman, Ahmad Faisol Amir, Nia ditemui dalam keadaan yang begitu tragis dengan tangannya diikat dengan menggunakan bra yang dipakainya.

“Kematian yang menimpa mangsa sangat pelik kerana ditemui dalam keadaan telanjang dan tertimbus.

“Bukan itu sahaja, tangannya juga diikat dengan menggunakan bra,” katanya.

Sementara itu, rakaman tular memaparkan momen penemuan mayat Nia juga memperlihatkan terdapat longgokan makanan bertebaran di atas tanah berhampiran kawasan mayatnya ditanam.

Terdahulu, Nia dilaporkan hilang sejurus selepas selesai berniaga di tempat jualannya pada 6 September lalu.

Keesokannya, keluarga mangsa menemui tudung dan barang jualan yang digunakan Nia untuk berniaga sebelum menemui jasad gadis itu tanpa seurat benang di kawasan hutan berkenaan.

Mayat Nia kini dihantar Hospital Bhayangkara, Padang, Indonesia bagi proses bedah siasat.

Sumber: Kompas