Gadis Baring Atas Kubur Tonton Konsert

9 Aug 2025 • 3:24 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang budak perempuan mengundang perhatian orang ramai selepas dia  dirakam berbaring di atas sebuah kubur sambil menonton acara muzik atau konsert, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Acara itu diadakan berhampiran tanah perkuburan di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan. 

Rakaman video kejadian di platform TikTok oleh akaun @resky.entertaimen21 menunjukkan gadis terbabit santai berbaring di atas kubur sambil menikmati nyanyian seorang penduduk tempatan.

Dia juga fokus, seolah-olah sedang menonton wayang. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Siapa buat konsert dekat kubur?” kata seorang netizen. 

“Dia ingat kerusi pantai!,” kata pengguna media sosial lain. 

Sumber: Kosmo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved