Gadis Buat Agar-Agar Ikan Keli, Siap Bagi Rate 7/10

27 Jun 2023 • 11:15 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular di media sosial, individu memasak agar-agar yang aneh, bercampur dengan ikan keli

Gadis Buat Agar-Agar Ikan Keli, Siap Bagi Rate 7/10. Seperti yang diketahui umum, sejak kebelakangan ini, kebanyakkan pencipta kandungan berkongsi konten yang pelik menerusi pelbagai platform di media sosial, terutama sekali di aplikasi TikTok.

Baru-baru ini seorang gadis meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi video yang menunjukkan dirinya memasak agar-agar dengan rasa ‘luar biasa’ dan pelik, lapor sumber.

image is not available
Sumber: Tiktok

Menerusi video yang dimuat naiknya di laman TikTok, dadis dalam video itu memaparkan cara membuat agar-agar ikan keli di dapur rumahnya daripada awal sehingga siap untuk dimakan.

Pelbagai reaksi dari netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati apabila kuih yang sinonim dengan rasa manis berlemak itu digantikan dengan haiwan laut yang hanyir.

image is not available
Sumber: Tiktok

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan bahawa makanan tersebut agak meloyakan dan aneh untuk dimakan.

Siap bagi rating

Dalam pada itu, dipercayai gadis itu turut memberi ‘rating’ atau skala penilaian kepada agar-agar ikan keli yang dibuatnya dengan nilai 7/10.

Baca juga artikel yang berkaitan: