(VIDEO) “Rasa 7/10!” – Gadis Ini Buat Agar-Agar Perisa Ikan Keli Buat Netizen Naik Loya

Entertainment
26 Jun 2023 • 8:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang gadis baru-baru ini mencuri tumpuan apabila dia ada memuat naik video TikTok memaparkan dirinya sedang memasak agar-agar berperisa yang agak aneh dan mungkin meloyakan tekak anda!

Dalam video tersebut, gadis itu menunjukkan cara-cara memasak agar-agar ikan keli di dapur rumahnya daripada awal sehingga siap untuk dimakan.

Apa yang membuatkan netizen naik ‘hantu’ dan sedikit tergamam mungkin kerana ‘perisa’ agar-agar yang sinonim dengan rasa manis berlemak itu digantikan dengan haiwan laut.

Ikan keli pun memang dikenali dengan baunya yang sedikit hanyir itu telah membuat penonton yang melihatnya berasa loya dan hendak termuntah.

image is not available

Sumber : TikTok  

Malah, gadis itu juga sempat memberikan ‘rating’ kepada agar-agar ikan keli itu dengan nilai 7/10.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sanggup untuk mencuba resipi baharu gadis itu!

image is not available 4 days ago

"Kita Dirumah Makan Sedap Pagi Petang" - Peguam Nurul Hafidzah Luah Rasa Kesian, Harap Keajaiban Buat Siti Bainun