Gadis Dibawa Lari Ke Kedah, Empat Kali Diperkosa Lelaki Dikenali Di Aplikasi Cari Jodoh

LocalPolitics
16 Dec 2024 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
polis

Seorang lelaki warga tempatan ditahan pihak polis selepas disyaki merogol gadis orang asli.

Memetik laporan mStar, lelaki berusia 29 tahun itu mengenali mangsa berusia 15 tahun yang berasal dari Cameron Highlands menerusi aplikasi cari jodoh.

Dibawa lari ke Kedah, kenal di aplikasi cari jodoh

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Superintendan Azri Ramli, laporan mengenai kejadian dibuat mangsa pada awal pagi Jumaat mendakwa suspek membawanya menaiki kereta ke Kedah.

Mangsa mendakwa, suspek telah merogolnya sebanyak empat kali di dalam kereta di beberapa lokasi kemudian suspek meninggalkannya di sebuah lorong di Kedah.

Dua orang lelaki direman 7 hari

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Mangsa telah diselamatkan orang ramai dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Mangsa kemudian dibawa pulang ke Cameron Highlands untuk membuat laporan serta dirujuk ke Hospital Kuala Lipis.

Sehari selepas laporan polis dibuat, polis menahan suspek dan rakannya berusia 33 tahun bagi membantu siasatan.

Suspek pertama mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah, manakala suspek kedua mempunyai empat rekod dadah dan jenayah. Setelah disoal siasat, suspek pertama mengaku merogol mangsa sebanyak empat kali di dalam kereta. Rakannya tiada bersama ketika kejadian, namun kedua-dua suspek pulang ke Cameron Highlands atas niat yang tidak diketahui dan ketika itu juga mereka ditahan.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar